Lori Sampah…..Lori Sampah…..!!!
Aug 4th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum ,
Di suatu hari, tiba tiba kedengaran satu bunyi yang menerujakan Hariz. Ya! bunyi itu adalah bunyi lori sampah Alam Flora yang datang mengutip sampah 3 kali seminggu.

Lori sampah datang …..!!! lori sampah datang…..!!! lori sampah datang ……..!!!

Dengan pantas Hariz berlari terus keluar dari rumah untuk melihat lori sampah Alam Flora kegemarannya.

Lori sampah semakin dekat dan Hariz tidak berkelip memandang lori sampah itu.

Walaupun di tengah panas matahari pada hari itu, tapi Hariz tetap tidak berganjak untuk melihat lori sampah kegemarannya.

Hariz dengan penuh minat melihat pekerja pekerja Alam Flora mengutip sampah dan memasukkan ke dalam lori serta mengasingkan sampah yang boleh dijual semula seperti botol plastik, tin aluminium dan surat khabar lama.


Perkerja pekerja Alam Flora terus memungut sampah di panas terik matahari dan Hariz terus memandang dengan penuh kosentrasi .Merekaterus menghabiskan tugas di kawasan rumah Hariz dan ke kawasan lain pula selepas itu.
Bye … bye lori sampah …… nanti datang lagi….!!!!!



bagusnye MHariz…dah pandai menulis kecik2 lagi..siap taip guna komputer lagi tu..Yang lagi best menggunakan wordpress.org pulak..hehehe..lahir seorang lagi genius kecik macam adiputra kat dunia ni..Aminnnnnn..
ps: menarik..erm..ijka ada masa lapang, datang2 la menjengah blog saya sebentar..tapi saya belum ada anak lagi le..tak kahwin lagi
Ehm. Setelah melilau kat banyak blog. Tercampak ke sini. Blog Mhariz. Amboi, lori tu pun leh tengok punye khusyuk!
By the way, berapa umur si hariz nih?
Terima kasih Pakcik Titan dan Naem kerana datang ke blog Mhariz ni. Hariz sekarang ni dah 2 tahun 2 bulan. Jangan lupa datang lagi yee untuk mengikuti perkembangan Hariz..
bagus hariz nie..bila dah besar..nanti mesti kawan sebaya terkejut bila tgk archive haris rupanya ada sejak umur 2thn lagi..senang je nak track balik nanti kenang2an dan nostalgia..nyesal jgk dulu tak amek gambar masa kecik..gunakanla teknologi sebaiknya hariz ye..
great blog..it is hard to find one blog like this..when people blogs, they always blog about themselves, but this blog is different..i will bookmark it to read the coming post..keep in touch yaa..(’_')
Terima kasih kepada Vangardx dan Jeketb kerana sudi ke Mhariz ni , jangan lupa datang lagi yee….
wahaaa…. begitu asyik sekali yer? bleh buat kenangan zaman berzaman tu…