Kapal Terbang Dan Kasut Raya Hariz
Sep 16th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Apa khabar ? Bagaimana dengan puasa semua tu, Hariz harap semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh penghayatan. Hariz tiap tiap hari tak puasa lagi, walaupun tak puasa tetapi Hariz selalu nak mengikut ayah ke masjid setiap malam untuk solat terawih, tapi tak dibenarkan kerana masih kecil lagi. Boleh katakan setiap malam laa Hariz akan menangis nak ikut ayah tu….. waaaaaa…….waaaaaaa…..waaaaaaaa….. nak ikut … nak ikut…. Semperna nak menyambut raya ni Hariz dah pergi shopping dengan mak dan ayah, sebenarnya mak kena shopping awal sebab nanti tukang jahit tutup tempahan kalau lambat. Jadi Hariz pun mengambil kesempatan untuk menambahkan koleksi mainan dan kasut Hariz tu…..

Haaa…inilah kapal terbang baru Hariz buatan luar negara tu …Made In China heee … heee …. Sebenarnya kapal terbang nii Hariz akan gunakan untuk melawan raksasa bersama dengan ultraman nanti.

Yeeahhhhh…….. kapal terbang Hariz sedia untuk beraksi.

Dan ini pula kasut raya Hariz……. Brand Popeye jeng…….jeng……..

Apa macam ? Cantik kan kasut raya Hariz nii!!! Kepada yang belum beli kasut raya tuu jangan jeles laaa ….tunggu Hariz memperagakan kasut ini.

Tengok tu ….. kasut raya Hariz digayakan dengan seluar jeans … ini gaya ala ala hip hop ni Hariz beraya tahun ni.

Tembak raksasa….tembak raksasa…phuusssss…….phuussssss….. phuuussss…… Hariz terus beraksi dengan kapal terbang baru itu.

Hariz terus beraksi dengan kapal terbang dan kasut baru itu sehingga terlupa untuk minum susu. Teruskan lah bersama MHarizDotCom untuk aksi Hariz seterusnya.
Bye…… Bye……………



amboi bergayanya hariz…
Mesti la bergaya Pakcik Chot, untuk mengekalkan populariti tu, baju raya tak beli lagi , tunggu la Hariz bergaya dengan baju raya pulak.
wahhhh dapat kapal terbang dengan kasut baru laa.. kira kasut raya la tu yer… leh la bawak uncle naik kapal terbang baru tu..:D
salam, dari kecik lagi kalau diterapkan elemen ketenteraan pasti hariz akan lebih cepat matang, gunakan jet utk melawan raksaksa? apa kata gunakan kelebihan kasut popeye tu utk pijak2 raksaksa tu skali :p
Hariz guna kapal terbang ni untuk lawan raksasa sahaja … ni kerana terpengaruh dengan cerita Ultraman Tiga di Astro Ceria.
[…] Haris - ‘Kapal Terbang Dan Kasut Raya Haris‘ > maybe my son’s need blog too […]
aku nak beli kapal terbang juga, nak cari sukhoi su 30 tak jumpa.
yang ada hanya sukhoi su 35, tapi rupa dia macam sukhoi su 30.
kiriman blog ini dijadikan sample
[…] Source: MHariz […]