Dairi Syawal Hariz Bahagian 3
Dec 9th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Setelah beraya selama seminggu di Kelantan maka Hariz sekeluarga pun balik ke Selayang . Pada minggu itu Mak iaitu makcik yang menjaga Hariz semenjak Hariz berusia tiga bulan telah mengadakan jamuan hari raya.

Hariz duduk di atas buai dan disuap mee sup kegemaran oleh Mak.

Bersama kawan kawan yang dijaga oleh Mak. Fatin, Wanie , Haris dan Iman, Ada dua orang lagi baby yang tak termasuk dalam kumpulan budak budak besar.

Inilah best friend Hariz , nama dia Haris tapi sekarang ni dia dah tak dijaga oleh Mak lagi kerana rumah dia dah ada orang gaji Indon……. waduhh….. waduhh……. dah ngak ada geng lagi Hariz … Jangan lupa untuk mengikuti dairi syawal Hariz bahagian akhir yee…
Bye….. bye………


