Jom Main Belon
Sep 26th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Jom main belon dengan Hariz…. Sebenarnya ayah dah beli belon buih ni dah lama dah , masa balik kampung ke Kelantan beberapa bulan lepas. Tapi kerana masa tu Hariz tak pandai tiup belon buih ni maka tersimpan laa….

Tapi sekarang ni Hariz dah pandai tiup belon buih tuu….. tak percaya tunggu Hariz akan buktikan. Mula mula masukkan peniup ke dalam bekas belon tu…

Selepas tu …. apa lagi ! terus tiup dengan bergayanya….

Tengok tu …. sebenarnya banyak belon yang di tiup oleh Hariz …tapi yang dapat di lihat satu je…. Pastikan pegang bekas belon dengan betul betul kerana jika teruja sangat macam Hariz tu alamat separuh dari buih tu habis sebab tertumpah laa…..

Dan lagi ……. belon belon hasil tiupan Hariz .

Wah seronoknya main belon ni yee ……..Ni buat Hariz senyum sampai ke telinga ni. Nanti ayah beli belon lagi bila kita balik Kelantan Raya ni. Kat KL susah nak dapat belon buih Made in Thailand ni…
Byeee……….. byee…………..



abih melekit-lekit lantai umah eheh
[…] Source: MHariz […]