Feed on
Posts
Comments

Keretapi Baru Hariz

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat sejahtera , Hariz selsema sekarang nii. Walaupun kurang sihat tapi sempat juga Hariz menambahkan koleksi mainan Hariz tu. ” Ayah, Hariz nak beli Thomas ” kata Hariz. Sebenarnya Hariz suka menonton siri Thomas and Friends di Astro Ceria tu . “Nanti kalau ayah jumpa , ayah belikan”. Tetapi pada masa tu tak jumpaThomas , ayah jumpa keretapi diseal , Thomas adalah keretapi wap. Untuk tidak mengecewakan Hariz maka keretapi diseal tu dibeli.

Keretapi01

Ini lah keretapi diseal bagi mengantikan Thomas tuu….

Keretapi02

Walaupun bukan Thomas tapi Hariz tetap teruja dengan keretapi baru itu. Macam mana Hariz nak pasang nii…..

Keretapi03

Jangan bimbang … mula mula kita susun landasan satu persatu yee…… Emmm…… banyak la pulak landasan nak kena susun nii….. tak pe sabar sabar….. Lepas tu masukkan 2 biji bateri ke dalam keretapi tu dan letakkan betul betul atas landasan dan mulakan …………

Keretapi04

Yeeah……. berjaya , keretapi Hariz dah bergerak dengan lajunya atas landasan tuu. Poonnnn… poonnnnnn……………

Keretapi05

Dan terus berpusing pusing atas landasan tu…. nasib baik laa Hariz tak berada dalam keretapi tu , kalau tak mesti pening kepala Hariz nanti sebab berpusing pusing ….. Nantikan koleksi mainan dan aksi Hariz seterusnya…..

Bye…… bye………

Assalamualaikum semua,

Apa khabar ? Bagaimana dengan puasa semua tu, Hariz harap semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh penghayatan. Hariz tiap tiap hari tak puasa lagi, walaupun tak puasa tetapi Hariz selalu nak mengikut ayah ke masjid setiap malam untuk solat terawih, tapi tak dibenarkan kerana masih kecil lagi. Boleh katakan setiap malam laa Hariz akan menangis nak ikut ayah tu….. waaaaaa…….waaaaaaa…..waaaaaaaa….. nak ikut … nak ikut…. Semperna nak menyambut raya ni Hariz dah pergi shopping dengan mak dan ayah, sebenarnya mak kena shopping awal sebab nanti tukang jahit tutup tempahan kalau lambat. Jadi Hariz pun mengambil kesempatan untuk menambahkan koleksi mainan dan kasut Hariz tu…..

Kasut01

Haaa…inilah kapal terbang baru Hariz buatan luar negara tu …Made In China heee … heee …. Sebenarnya kapal terbang nii Hariz akan gunakan untuk melawan raksasa bersama dengan ultraman nanti.

Kasut02

Yeeahhhhh…….. kapal terbang Hariz sedia untuk beraksi.

Kasut03

Dan ini pula kasut raya Hariz……. Brand Popeye jeng…….jeng……..

Kasut04

Apa macam ? Cantik kan kasut raya Hariz nii!!! Kepada yang belum beli kasut raya tuu jangan jeles laaa ….tunggu Hariz memperagakan kasut ini.

Kasut05

Tengok tu ….. kasut raya Hariz digayakan dengan seluar jeans … ini gaya ala ala hip hop ni Hariz beraya tahun ni.

Kasut06

Tembak raksasa….tembak raksasa…phuusssss…….phuussssss….. phuuussss…… Hariz terus beraksi dengan kapal terbang baru itu.

Kasut07

Hariz terus beraksi dengan kapal terbang dan kasut baru itu sehingga terlupa untuk minum susu. Teruskan lah bersama MHarizDotCom untuk aksi Hariz seterusnya.

Bye…… Bye……………

Assalamualaikum semua…,

Apa khabar semua diharap semuanya sihat sejahtera untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Macam mana dengan puasa tahun lepas tu dah habis gantikah? Hariz masih belum gantikan lagi puasa tahun lepas tu….. tahun nii pun rasa rasanya tak penuh lagi puasa Hariz nii…

Tapi jangan la jeles Hariz baru dua tahun dan tak wajib lagi puasa, jadi boleh lah Hariz makan cokelat dan gula gula pada siang hari. Jangan lupa semperna ketibaan bulan yang mulia ini meminta maaf kepada ibubapa , keluarga dan semua; semoga kita semua di berkati Allah.

MHariz

Hariz memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan semperna Ramadhan ini. Kepada yang merindui aktiviti terbaru Hariz tu… harap bersabar laaa yee bulan Ramadhan ni menuntut kesabaran, tak gitu..cik kiah.

Byeee……. bye……

MHariz Ke Rumpun07

Assalamualaikum semua,

Pada tengahari Sabtu lepas Hariz dan keluarga ke Jalan TAR untuk membeli belah dan seterusnya pada jam 3 lebih tu terus ke Masjid AsSyakirin KLCC untuk solat. Seteleh selesai solat Asar tu , tiba tiba hujan turun dengan lebatnya. Program asal adalah Hariz akan berjalan ke Pelita Nasi Kandar di Jalan Ampang tapi terpaksa di tukar plan , ayah terus memandu ke sana. Sampai di sana dah hampir pukul 5.45 petang dah dan terus ke tingkat atas. Keadaan penuh sesak dengan blogger blogger yang Hariz sendiri tidak kenal.

Rumpun3

Hariz duduk di hujung sudut setelah ayah di panggil oleh kenalan blog ayah iaitu Uncle Azwan Hazree. Sebenarnya Uncle Azwan Hazree ada anak bernama Hariz juga tapi tidak dapat datang hari tu. Jadi melepas la peluang Hariz berjumpa dengan member hari tu.
Rumpun1

Ini lah Uncle Azwan Hazree dengan gaya tersendiri mengambil gambar. Senyum…..senyum….. nak masuk dalam blog nii..!!!

Rumpun2

Antara blogger blogger yang hadir pada hari itu….. tak sempat berkanalan dengan semua kerana semasa Hariz sampai sesi sua kenal dah separuh dah dan juga tempat yang sesak dan gangguan bunyi dari luar.

Rumpun4

Ditengah kesibukan dan kesesakan itu …. tiba tiba muncul seorang awek cilik ….!!!! Siapa dia ? Ingatkan Hariz sorang jee kanak kanak … nasib baik laa ade member….. awek cun pulak tuu.

“Ee…… boleh berkenalan , saya Hariz dari MHarizDotCom dan saya suka Ultraman dan lori sampah dan bas sekolah juga ….”

Rumpun5

Sempat juga posing dengan blogger popular itu …siapa kah dia? Inilah wajah sebenar MohdIsmail dari MohdIsmailDotCom.

“Uncle Mail, jangan bimbang masih lama lagi untuk Hariz merampas populariti MohdIsmailDotCom tu”.

Rumpun6

Mohd Ismail menerangkan serba sedikit tentang PCMalaya iaitu satu projek dari HappyPeopleMedia.

Rumpun7

“Sebenarnya bas tu putus tali kipas laa pulak………..”. cerita selanjutnya boleh dibaca di blog Mohd Ismail.

Rumpun9

Ini pula adakah Josh Lim Boss Advertlets Sdn Bhd.

“Uncle Josh, ajar laa Hariz macam mana nak jadi boss …….bila besar Hariz nak jadi boss juga”

Rumpun8
Walaupun banyak kekurangan tapi Hariz tetap enjoy dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjayakan Rumpun07……. sesungguhnya Event Management nii adalah satu tugas yang sukar.

Rumpun10

Dan akhir sekali sesi bergambar beramai ramai. *Gambar ini di ambil dari blog Josh Lim Advertlets sebab itu lah ayah ada dalam gambar , selalunya ayah berada di belakang kamera sahaja.

Bye…… bye…… sehingga jumpa lagi..

Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari di kampung tu, Hariz rasa macam tak nak balik ke Selayang pula kerana seronok di kampung ni.

Sawah21

Seronoknya di pagi hari, bangun tidur terus dapat tengok ayam. Kookk…kokkk….. ayam jantan tuk sibuk mengais-gais makanan.

Sawah22

Sempat bergambar dengan Pakcik Mubin, adik mak yang nak pergi kerja di kilang Naza Motor Pekan. Bukan apa sebab tengahari ni Hariz dah nak balik dah. Pak cik adalah penganggur terhormat dalam jurusan perguruan dan dah 2 tahun menunggu panggilan untuk menjadi guru. Dia termasuk dalam statistik guru-guru yang menggangur, nasib baik la ada kerja di Naza Motor tu, kalau tak mana nak cari duit beli rokok tu ( Amaran oleh Kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan)

Sawah23

Selepas tu Hariz ke rumah Mok Na iaitu kakak mak, untuk melihat sepupu baru Hariz. Ini bukan anak Mok Na tapi anak Pakcik Sani iaitu abang mak, Mok Na jaga baby ni dan abang nya sekali. Tahun ni tuk dapat 2 orang cucu baru.

“Macam ni tercabar Hariz sabagai cucu glomour ni” kata Hariz.

Sawah24

Tak berapa lama kemudian kedua-dua sepupu Hariz balik dari tadika, apa lagi terus main lumba kereta laa…. brooommmmm…… broooooommmmmm…. brooooommmmmm….

Selepas itu Hariz pun balik ke rumah tuk.

“Ada surat untuk Mubin”, kata tuk kepada mak.

Ya.. surat panggilan kerja sebagai guru di Sekolah Vokasional Seksyen17 Shah Alam, Selangor. Pak cik Mubin di panggil pulang oleh mak, sebenarnya surat tu lambat sampai kerana berlaku kesilapan alamat , tapi tak apa la janji Pakcik Mubin dapat mengeluarkan diri dari menjadi statistik guru-guru yang menggangur. Terus Hariz tak lepaskan peluang bermain bola di ruang depan rumah tuk.

Sawah25

Hariz melakukan tendangan percuma ala-ala David Backhem.

Sawah26

Pelbagai aksi stunt dilakukan oleh Hariz semasa bermain bola dengan Pakcik Mubin.

Sawah27

“Yeeah……. yeaaahh… yeaahhhh……” Hariz merampas bola dari Pakcik Mubin. Satu lompatan Hariz yang mungkin boleh mengejutkan pemain-pemain dari pasukan Malaysia.

Sawah28

Bye… tuk. Bye… Pakcik Mubin yang berpeluh peluh setelah ditewaskan oleh Hariz dengan 5 berbalas 0 .

“Jangan lupa berlatih Pakcik Mubin, bila kalah tu jangan lupa berikan pelbagai alasan , nanti Hariz akan tewaskan pakcik dengan 5-1 pula”.

Maka Hariz pun bertolaklah balik ke Selayang , dalam perjalanan tu Hariz tidur hampir 2 jam setengah kerana kepenatan dan mak pun tumpang sekaki laa tidur…. zzzzz…. zzzzz. Hariz sampai di rumah lebih kurang jam 6.30 petang.

Sekian la catatan perjalanan Hariz balik kampung. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan Hariz seterusnya…….

Bye…… bye……. sehingga jumpa lagi.

Setelah penat berjalan-jalan tu Hariz berehat sekejap. Tiba tiba…

“Assalamualaikum….. assalamualaikum”, kedengaran ada kanak-kanak memberi salam. Oohhh… baru la Hariz tahu, mereka ni datang untuk mengaji AlQuran dengan tuk rupa-rupanya.

Sawah17

Hariz pun terus duduk bersama abang-abang itu untuk menyibuk mengaji sama.

“Baca… baca…, tunggu apa lagi tu”, kata tuk.

Sawah18

“Abang-abang ni mengaji ke?… ke bersembang lebih nii!! ” Hariz tengok dari tadi sama saja ni. Cuma abang yang kat hujung tu aja yang nampak mengaji. Macam ni berapa tahun baru khatam nii. Astarafirullah hilazzim …… !!!! jangan la buang masa mengaji laa wahai abang abang.

Sawah19

Tiba….tiba ada 2 ekor kambing datang makan rumput, apa lagi Hariz tak lepaskan peluang melihat kambing kambing itu seronok makan rumput.

Sawah20

Petang itu Hariz menghabiskan waktu dengan bermain di beranda rumah tuk, walaupun rumah kayu tapi Hariz seronok sungguh kerana rumah tuk sangat luas dan Hariz boleh berlari dan bermain dengan sepuas hati. Tapi kalau kat Selayang tu rumah sangat sempit baru Hariz nak pecut tu dah sampai ke dapur dah.

“Yeeahhh…………… yeeahhhh…….”, Hariz terjerit jerit keseronokan.

Ok bye…..bye …… bersambung…

Assalamualaikum semua,

Jumpa lagi dalam cerita Hariz di Kampung Sawah ni. Kampung Sawah ni terletak lebih kurang 14 km dari Bandar Pekan, Pahang Darul Makmur dan 3 km dari Kampung Lamir yang terletak di tepi jalan Pekan-Kuantan.

Sawah09

Seronok sungguh pagi di kampung ni, kalau di Selayang tu pukul 7 pagi dah kena bangun tapi di kampung ni 8.30 pagi pun Hariz boleh tidur lagi. Siapa kata kanak-kanak di bandar tak stress, kami pun stress macam orang dewasa juga. Tapi kalau kat kampung ni masa bangun tiada hadnya, best nya tidur zzzzzzzz……zzzzzz …….. ni Hariz tengah sedap bermimpi ayam bertukar jadi raksasa ni.

Sawah10

Lepas bangun tu, Hariz ke Kampung Lamir. Ke kedai cina di kampung itu , di Kampung Sawah tiada kedai dan di Kampung Lamir hanya ada kedai runcit ini saja. Semua masyarakat di sini melayu dan ada satu keluarga cina sahaja di sini dan mereka lah yang ada kedai, macam biasa jeee…. Tapi kalau balik kampung ayah di Kelantan tu , Mami Tuk ada kedai runcit sendiri di Ketereh.

Sawah11

Masa nak balik tu selepas membeli makanan ringan Hariz dan surat khabar, lori gas pun sampai. Lori adalah benda yang menerujakan Hariz sebagai kanak-kanak.

“Lori gas….lori gas …….lori gas” jerit Hariz.

Sawah12

Ni permandangan balik ke kampung dari kedai runcit tu, lebih kurang 3 km dan di penuhi pokok getah, pokok kelapa sawit serta kebun. Tenang nya ……

Sawah13

Ini permandangan bila dah masuk kawasan kampung, kebun orang kampung di kiri kanan jalan.

Sawah14

Kawasan halaman rumah dipenuhi pokok-pokok kelapa. Di sebelah kiri tu adalah pintu pagar rumah tuk. Tiada trafik jem atau pun mat-mat rempit kelihatan, cuma jalan kadang-kadang tu di penuhi oleh bom bom atom yang dilepaskan oleh lembu lembu orang kampung yang berkeliaran. ” Awas bom atom di depan tu!!”. “Nampak tak?”.

Sawah15

Hariz kemudian tak melepaskan peluang untuk melihat lembu-lembu di kampung. Kat bandar mana boleh lihat lembu, dalam buku saja laa.

“Ayah …ayah mooo….moooo…. tu “, kata Hariz.

“One ….two ….three….. mooo la ayah “, kata Hariz lagi.

Hariz mengira lembu-lembu itu dalam Bahasa Inggeris , ini sebagai persediaaan untuk Hariz mengambil peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sawah16

Selepas tu ke kolam ikan dalam sangkar pula yang terletak di sungai berhampiran.

“Ayah , Hariz nak tengok fish”, kata Hariz.

Hariz kecewa kerana tak dapat melihat ikan dalam sangkar itu kerana atas faktor keselamatan, tapi tak apa la sekurang kurangnya dapat melihat sangkar ikan talapia tu kira ok laa. Selepas itu Hariz pun balik ke rumah tuk…

Nantikan aktiviti Hariz seterusnya…..

Bye… bye…….

Assalamualikum semua,

Hari tu Hariz dan keluarga telah balik kampung ke kampung mak di Kampung Sawah, Pekan ,Pahang. Perjalanan dari Selayang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih sahaja melalui MRR2, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur, sebenarnya tak terasa sangat kerana lepas penat melihat permandangan dan lori sepanjangan perjalanan tu, Hariz tidur kejap.

Sawah01

Dah sampai kampung tu, apa lagi lepaskan penat dengan minum susu laa. Aik macam laa Hariz yang bawa kereta tu penat sangat!!!

Sawah02

Selepas minum susu dan mandi , terus Hariz tak melepaskan peluang untuk melihat ayam-ayam tuk yang berkeliaran di depan rumah. Sambil mata terus menumpukan ke arah ayam-ayam tu, ” Ayah nak turun….nak turun tengok kokok tuu….”, kata Hariz.

Sawah07

Terus, tanpa berlengah lagi Hariz menuju ke arah ayam-ayam itu. Bukan senang nak tengok ayam ni kalau kat Selayang.

Sawah03

Panas sungguh petang tu, tapi itu tidak menghalang Hariz untuk melihat ayam-ayam itu dengan lebih dekat. Hariz memakai topi kegemarannya sambil teruja melihat ayam-ayam tu makan.

Sawah04

“Ayam-ayam tu makan apa?” tanya Hariz.

“Makan kelapa laa, tu kepala yang tuk belah”, dengan slambenya ayah memberi jawapan.

Hariz tak tahu pun yang kelapa pun boleh dijadikan makanan ayam, sekarang baru la tahu. Nasib baik laa balik kampung, macam mana laa budak-budak di bandar tu yaa mesti mereka pun tak tahu.

Sawah05

Selepas tu Hariz berjalan-jalan pula sekitar rumah tuk.

“Penatnya Hariz ni, luasnya kawasan rumah kat kampung ni, kalau kat Selayang kat sebelah rumah dah ada rumah orang lain dah dan di depan pun banyak rumah orang lain. Mana rumah orang lain nii? Luasnya kawasan rumah di kampung ni” komen Hariz.

Sawaho8

Sempat posing kat depan pintu pagar rumah tuk. Ni posing teristemewa untuk peminat peminat Hariz yang setia melawat blog Hariz ni….

Sawah06

Dah penat dah Hariz, ok lah jom balik rumah. Kat belakang tu adalah reban ayam tu. Di situ laa ayam-ayam tuk tidur. Nanti terus la ikuti kisah Hariz di kampung ni…

Bye….bye …..

Assalamualaikum ,

Di suatu hari, tiba tiba kedengaran satu bunyi yang menerujakan Hariz. Ya! bunyi itu adalah bunyi lori sampah Alam Flora yang datang mengutip sampah 3 kali seminggu.

Lorisampah1

Lori sampah datang …..!!! lori sampah datang…..!!! lori sampah datang ……..!!!

Lorisampah2

Dengan pantas Hariz berlari terus keluar dari rumah untuk melihat lori sampah Alam Flora kegemarannya.

Lorisampah3

Lori sampah semakin dekat dan Hariz tidak berkelip memandang lori sampah itu.

Lorisampah4

Walaupun di tengah panas matahari pada hari itu, tapi Hariz tetap tidak berganjak untuk melihat lori sampah kegemarannya.

Lorisampah5

Hariz dengan penuh minat melihat pekerja pekerja Alam Flora mengutip sampah dan memasukkan ke dalam lori serta mengasingkan sampah yang boleh dijual semula seperti botol plastik, tin aluminium dan surat khabar lama.

Lorisampah6

Lorisampah7

Perkerja pekerja Alam Flora terus memungut sampah di panas terik matahari dan Hariz terus memandang dengan penuh kosentrasi .Merekaterus menghabiskan tugas di kawasan rumah Hariz dan ke kawasan lain pula selepas itu.

Bye … bye lori sampah …… nanti datang lagi….!!!!!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, diharap semua sihat sejahtera. Perjalanan seterusnya Hariz ke KLCC……

klcc17

KLCC…….KLCC…….KLCC….. Hariz dah tak sempat lagi posing lagi ni kerana begitu teruja dengan KLCC . Dah dekat dah KLCC tu. Ramai sungguh orang kat sini, pelancong pun ramai , Hariz ni kira pelancong la juga …. ” Ada fish tak dalam kolam tu mak ? “. Tanpa berlengah lagi Hariz terus ke Suria KLCC dan pergi ke Burger King untuk makan dan relek kejap. Lepas makan tu ……

klcc18

Oohhhhh…nak naik kereta rupanya , patut laa tak sabar sabar ke KLCC ni. Ni dah round ke 2 dah nii. Mau nya 10 round nii, best laa naik kereta ni ada lagu lagi. Hariz bawa 2 penumpang tu , kat tepi dan belakang . Hanya kanak-kanak macam Hariz je faham betapa seronoknya naik kereta ni. ” Mak mintak seringgit lagi”. Hari tu Hariz naik 2 round je , lain kali naik lagi…

klcc19

Tengok kawan Hariz dengan kereta hijau tu, seronok nampak dia. Siap bawa Garfield lagi jadi penumpang. Dan jangan lupa tengok pula bapa dia di sebelah tu, siap cekak pinggang lagi. Sabar pak cik , kitaorang ni tengah berseronok ni … poonnn …. poonnnn .. poonnn……

klcc20

Mana Hariz nii….. nampak Hariz tak . Luas nya Suria KLCC ni , boleh main sorok-sorok lagi.

klcc21

Boleh main kejar kejar lagi. Itu aksi Hariz melakukan larian solo selepas di kejar oleh “Raksasa” masa tu Hariz jadi “Ultraman” ….. Hariz teruja sangat di Suria KLCC ni. Kat atas ni boleh laa lari lari, tapi kat bawah tak boleh pasal ramai orang .

klcc22

Wah tingginya dan luas pula Suria KLCC ni…

klcc23

Penat la pula lepas kena kejar dengan Raksaksa ni , nak duduk kat mana ni !! Tempat duduk tu , pak cik-pak cik tu duduk pula . Tak pe laa kita jalan -jalan lagi laa. Selepas tu Hariz pun sambung ronda-ronda lagi.

klcc24

Lepas penat ronda ronda tu, masa untuk balik laa… ” Mak, Hariz tak nak balik lagi “.

Sekian la jalan jalan Hariz ke KLCC, sehingga jumpa lagi .

Bye…bye……

« Newer Posts - Older Posts »