Assalamualaikum,
Bersambung kita dengan Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 3. Disebabkan keluarga Hariz akan beraya di Kelantan maka Hariz balik ke Pekan Pahang dulu seminggu sebelum raya dan sempat la pergi ke pekan sehari di Bandar Pekan untuk bersama sama meramaikan dan memeriahkan pekan sehari tu.

Hariz dengan muka masam kerana tak ada mood pada pagi itu…

Disebabkan tak de mood tu terpaksalah ayah mendukung Hariz, disamping mengelakkan hilang kerana terlalu ramai orang yang sibuk membeli persiapan raya.

Juga berdukung dengan mak. ….. “Mak , abang nak beli belon laaa”, kata Hariz bila terlihat belon buih sabun kegemarannya.

Masyarakat Pekan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya sibuk memilih pakaian untuk Hari Raya.
Bersambung di Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 4.
Bye……

Posted in Peristiwa, BalikKampung, JalanJalan | No Comments »
Assalamualaikum,
Kita bersambung dengan bahagian kedua dalam Episode Dairi Ramadhan Hariz ni.
Pada ramadhan yang lepas Hariz telah menerima satu kad raya yang tak di sangka sangka dari seorang blogger yang popular iaitu siapa lagi kalau bukan Chot. Hariz dan keluarga mengenali Pakcik Chot ni semasa Rumpun 07 . Err…. boleh ke Hariz panggil pakcik … ke brother chot.

Tersenyum lebar menerima kad raya tu … juga di siarkan di dalam blog Chot

Terima kasih brother chot ….. lawati lah blog beliau di chot.wordpress.com.
Bye…..

Posted in Peristiwa | 4 Comments »
Assalamualaikum semua…
Apa khabar di harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera…. sudah lama blog Hariz ni tak di update dan di sini MHarizDotCom memohon maaf kerana mengecewakan peminat Hariz yang selalu datang ke blog ni. Untuk tak mengecewakan semua kita akan mulakan dengan Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 1.
Pada Ramadhan yang lepas Hariz telah bersama sama ke majlis berbuka puasa di Daycare Endoscopy Hospital Selayang iaitu tempat mak kerja laa….

Suasana semasa majlis berbuka puasa tu…. setiap keluarga membawa masakan sendiri , kira ala ala kampung laa…. bukan ala ala hotel tapi tetap meriah dan menjimatkan sesuai dengan amalam di bulan ramadhan.

Sebahagian dari keluarga kakitangan daycare menjamu selera….

Hariz tak melepaskan peluang dengan ikan dalam akuarium di daycare tu.

Seronok bermain walaupun tak makan sangat semasa orang lain sibuk berbuka puasa.
Bersambung dalam Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 2 …..
Bye……

Posted in Peristiwa | 4 Comments »
Assalamualaikum,
Apa khabar semua, di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Hariz rasa semua dah tak sabar nak balik kampung untuk beraya. Hariz dan keluarga dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua , Maaf Zahir dan Batin dan terima kasih kerana mengunjungi blog Hariz ni. Hariz akan balik ke Ketereh , Kelantan dan akan beraya selama seminggu di rumah Mami Tok .

Kalau ada yang teringin dan tak sabar sabar nak bagi duit raya untuk Hariz tu … sila sila kan lah yee….. Pakcik Chot nak bagi berapa tahun ni ?
Bye……. bye……………

Posted in Peristiwa | 14 Comments »
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hariz kalau tak sibuk menonton Astro Ceria tu , Hariz akan sibuk melukis suruh ayah lukis Ultraman lawan Raksasa.

Kalau tak dalam buku lukisan Hariz tu…. kedalam komputer pun kena lukis jugak.

Ini adalah Ultraman Tiga dan Raksasa tengah berlawan , ultraman di bantu oleh pasukan GUTS dangan 2 buah kapal terbang sedang menembak raksasa.

Nah inilah lukisan Hariz ayah menggunakan paint. Pertempuran yang ganas.

Bukan Ultraman Tiga di Astro Ceria yang Hariz minat, Ultraman Nexus di TV3 pun Hariz tak ketinggalan.

Wah seronoknya Hariz dengan lukisan pertempuran ultraman ni ….

Aksi pertempuran antara Ultraman Nexus dan Raksasa ….. lebih kurang sama jee aksi ni…. heeeee heeeee…..
Bye ……. bye…….

Posted in Mainan, Peristiwa | 6 Comments »
Assalamualaikum semua,
Marilah ber Tom Tom Bak bersama Hariz.
Bye ………. bye……………….

Posted in Peristiwa | 5 Comments »
Assalamualaikum semua,
Apa khabar ? Bagaimana dengan persiapan Hari Raya nii …. Wah bertanya tentang raya la pulak walaupun Hariz tak puasa ni. Hariz dah beli pakaian raya tu … tunggu la Hariz melaram di Hari Raya ni. Disamping sibuk dengan persiapan raya tu tak lupa juga tumpuan Hariz kepada blog ni.

Ini posing Hariz ….. ala ala “Blogging For Newbie”. Walaupun newbie tapi Hariz ada domain name dan hosting sendiri.

Wah banyak juga komen komen dari peminat Hariz ni….. ni nak kena balas komen pulak ni….

Stress juga Hariz ni jadi blogger… peminat Hariz sentiasa tertunggu tunggu aktiviti terbaru Hariz ni… tak pe Hariz update la entry baru nii….. sabarlah yee……

Disamping itu … Hariz melawat juga ke blog bloggers yang lain… sesi ramah mesra la katakan dan mengikuti perkembangan semasa…..Ni Hariz tengah mencari idea untuk ditulis. Terima kasih banyak banyak la kepada pengunjung blog Hariz ni yeee…… Sehingga berjumpa lagi dalam aktiviti Hariz yang seterusnya…..
Bye………… bye…………..

Posted in Peristiwa | 4 Comments »
Assalamualaikum semua,
Jom main belon dengan Hariz…. Sebenarnya ayah dah beli belon buih ni dah lama dah , masa balik kampung ke Kelantan beberapa bulan lepas. Tapi kerana masa tu Hariz tak pandai tiup belon buih ni maka tersimpan laa….

Tapi sekarang ni Hariz dah pandai tiup belon buih tuu….. tak percaya tunggu Hariz akan buktikan. Mula mula masukkan peniup ke dalam bekas belon tu…

Selepas tu …. apa lagi ! terus tiup dengan bergayanya….

Tengok tu …. sebenarnya banyak belon yang di tiup oleh Hariz …tapi yang dapat di lihat satu je…. Pastikan pegang bekas belon dengan betul betul kerana jika teruja sangat macam Hariz tu alamat separuh dari buih tu habis sebab tertumpah laa…..

Dan lagi ……. belon belon hasil tiupan Hariz .

Wah seronoknya main belon ni yee ……..Ni buat Hariz senyum sampai ke telinga ni. Nanti ayah beli belon lagi bila kita balik Kelantan Raya ni. Kat KL susah nak dapat belon buih Made in Thailand ni…
Byeee……….. byee…………..

Posted in Mainan, Pengenalan | 2 Comments »
Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Di harap sihat sejahtera hendaknya semua. Hariz macam biasa la sibuk menambahkan koleksi mainan. Hariz baru dapat robot raksasa untuk melawan dengan ultraman Hariz. Hariz sangat suka menonton siri Ultraman Tiga yang disiarkan oleh Astro Ceria tu.Sebenarnya robot raksaksa yang lama telah banyak yang cedera dan musnah dalam perlawanan yang lepas.

Inilah robot raksasa yang akan berlawan dengan Ultraman Hariz tu….

“Cepat la ayah buka robot raksasa ni untuk Hariz lawan dengan Ultraman” kata Hariz , tak sabar sabar untuk meneruskan perlawanan itu.

Dengan penuh keterujaan…. kerana mendapat lawan yang sesuai untuk Ultraman.

Ini lah Ultraman kesayangan Hariz. ” Ultraman mesti menewaskan robot raksasa tau” kata Hariz sembil memeluk Ultraman kesayangan itu .

Whoooohhhh………. Ultraman terus terbang untuk menyelamatkan bumi dari robot raksasa yang ganas itu.

Pertempuran yang sangat ganas pun bermula antara Ultraman dan robot raksasa …

Yeah….. yeah….. yeah……. tembak raksasa….sepak … tumbuk….. begitulah aksi aksi ganas ketika perlawanan antara Ultraman dan robot raksasa sehinggakan banyak aksi tidak dapat dipertontonkan kerana terlampau ganas.

Setelah menewas kan robot raksasa itu maka Ultraman pun terbang dan menghilangkan diri…whoooohhh……………………..
Maka tamat lah aksi Ultraman dan robot raksasa untuk kali ini , nantikan aksi aksi Hariz seterusnya.
Byee……………byee…………………

Posted in Mainan, Peristiwa | 6 Comments »
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat sejahtera , Hariz selsema sekarang nii. Walaupun kurang sihat tapi sempat juga Hariz menambahkan koleksi mainan Hariz tu. ” Ayah, Hariz nak beli Thomas ” kata Hariz. Sebenarnya Hariz suka menonton siri Thomas and Friends di Astro Ceria tu . “Nanti kalau ayah jumpa , ayah belikan”. Tetapi pada masa tu tak jumpaThomas , ayah jumpa keretapi diseal , Thomas adalah keretapi wap. Untuk tidak mengecewakan Hariz maka keretapi diseal tu dibeli.

Ini lah keretapi diseal bagi mengantikan Thomas tuu….

Walaupun bukan Thomas tapi Hariz tetap teruja dengan keretapi baru itu. Macam mana Hariz nak pasang nii…..

Jangan bimbang … mula mula kita susun landasan satu persatu yee…… Emmm…… banyak la pulak landasan nak kena susun nii….. tak pe sabar sabar….. Lepas tu masukkan 2 biji bateri ke dalam keretapi tu dan letakkan betul betul atas landasan dan mulakan …………

Yeeah……. berjaya , keretapi Hariz dah bergerak dengan lajunya atas landasan tuu. Poonnnn… poonnnnnn……………

Dan terus berpusing pusing atas landasan tu…. nasib baik laa Hariz tak berada dalam keretapi tu , kalau tak mesti pening kepala Hariz nanti sebab berpusing pusing ….. Nantikan koleksi mainan dan aksi Hariz seterusnya…..
Bye…… bye………

Posted in Mainan, Peristiwa | 15 Comments »