Assalamualaikum,
Setelah beraya selama seminggu di Kelantan maka Hariz sekeluarga pun balik ke Selayang . Pada minggu itu Mak iaitu makcik yang menjaga Hariz semenjak Hariz berusia tiga bulan telah mengadakan jamuan hari raya.

Hariz duduk di atas buai dan disuap mee sup kegemaran oleh Mak.

Bersama kawan kawan yang dijaga oleh Mak. Fatin, Wanie , Haris dan Iman, Ada dua orang lagi baby yang tak termasuk dalam kumpulan budak budak besar.

Inilah best friend Hariz , nama dia Haris tapi sekarang ni dia dah tak dijaga oleh Mak lagi kerana rumah dia dah ada orang gaji Indon……. waduhh….. waduhh……. dah ngak ada geng lagi Hariz … Jangan lupa untuk mengikuti dairi syawal Hariz bahagian akhir yee…
Bye….. bye………

Posted in Peristiwa | No Comments »
Assalamualaikum,
Di pagi raya yang hening Hariz terus bangun tidur , mandi dan terus pakai baju melayu raya Hariz tu……

Tengok tu …hensem tak Hariz dengan baju raya warna hijau … dan tak ketinggalan duit raya. Ini adalah Hari Raya Puasa ke 3 dalam hidup Hariz. Tahun lepas Hariz beraya di Kampung Sawah Pekan Pahang kerana mami tok mengerjakan umrah .

Bersalaman dengan Mami Tok dan mendapat duit raya …oh semestinya itu tak boleh dilepaskan ….tahun ni koleksi buit raya Hariz semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Bersama Kak Jimah, Mami Tok dan Mak.

Ayah, Hariz dan Mak.

Dan Acu join sekali untuk bergambar…….

Selepas tu Kak Aida ,Abang Zakuan , Auntie Azliana dan Uncle Saidi pun datang ke rumah dan bertambah la duit raya Hariz. Pada tengaari tu Hariz ke Kota Bharu, Tumpat dan juga Kubang Kerian , rumah kawan kawan mak . Kawan kawan mak ni semuanya kerja di Hospital Selayang dan balik kampung untuk beraya macam Hariz jugal la…. sekali lagi Hariz menambahkan koleksi duit raya….. Seronoknya raya……
Bye…… bye……..

Posted in Peristiwa, BalikKampung | No Comments »
Assalamualaikum,
Apa khabar semua , bersambung kita dengan dairi Syawal Hariz bahagian pertama . Walaupun penat dengan perjalanan hampir 11 jam setengah tu tapi Hariz tak lepaskan peluang bermain bunga api di malam raya.

Tengok lah betapa gembiranya Hariz dengan bunga api tu….. ini lah kali pertama Hariz bermain bunga api.

Lagi aksi Hariz, aksi tersebut hampir hampir membakar tangan Hariz kerana kertas pemegang yang lembik.

Hariz masih teruja dengan permainan bunga api yang di bekalkan oleh Acu pada malam raya tu… sebenarnya sebelum tu Hariz seronok tengok sedaura di rumah sebelah bermain bunga api.

Hariz meneruskan untuk menghabiskan semua bunga api yang di beri oleh Acu tu…
Lain kali Hariz main lagi yeee…….. bye….bye……

Posted in Mainan, Peristiwa, BalikKampung | No Comments »
Assalamualaikum,
Bersambung kita dalam bahagian akhir Episode Dairi Ramadhan Hariz. Pada Hari Jumaat terakhir Ramadhan 2007 iaitu sesudah Subuh pada pukul 6.00 pagi maka Hariz sekeluarga bertolak untuk balik kampung ke Ketereh , Kelantan. Bertolak awal pagi untuk memgelak kesesakan yang lebih teruk. Perjalanan dari Selayang dan tersangkut dengan kesibukan Pasar Borong Selayang dan diteruskan dengan tol Gombak dan terus tanpa masalah. Tapi bila tiba di tol Bentong maka kesesakan telah bermula …. rupa rupanya dah ramai yang turun sebelum sahur lagi…. maka perjalanan menjadi bertambah perlahan…….

Kereta bersusun seolah tiada penghujung….. walaupun bangun awal tapi Hariz tak dapat sambung tidur kerana sibuk melihat kereta yang bersusun itu….

Bersusun menaiki Bukit Tujuh ….. balik kampung …. ooooohhh balik kampung … oooooohhh balik kmpung……. Lagu raya terus berkumandang di radio.

Antara kemalangan yang sempat dirakamkan. Terdapat 3 kemalangan pada hari itu yang menambahkan lagi kesesakan perjalanan Hariz ……

Memberikan pose dengan senyum lebar walaupun Hariz tak mandi lagi…. Sampai di perhentian Merapoh pada pukul 12.00 tengahari iaitu selapas 6 jam perjalanan dari Selayang. Selalunya hanya mengambil masa 3 jam setengah sahaja.

Ahhh….. segar rasanya sesudah mandi tu…. berhenti rehat dan mandi di Merapoh selama setengah jam sahaja dan ayah meneruskan perjalanan selama 5 jam setengah lagi selepas itu untuk sampai di rumah Mami Tok di Ketereh….
Sehingga jumpa lagi dalam Dairi Syawal Hariz…. jangan lupa ya…….
Bye……

Posted in Peristiwa, BalikKampung, JalanJalan | 2 Comments »
Assalamualaikum,
Pada petang tu , Hariz ke Bazar Ramadhan pula yang terletak bersebelahan dengan pasar pagi yang Hariz pergi pagi tadi.

Tengah sibuk ronda ronda memilih juadah untuk berbuka tu , terserempak pula dengan Mok Na sekeluarga. Siapakah Mok Na ? Beliau adalah kakak mak Hariz laa… Jadi kakak dan abang abang tu adalah sepupu Hariz dan tak ketinggalan Pak Cik De.

Dan tak melepaskan peluang untuk berborak borak macam dah lama tak jumpa tapi sebenarnya baru tengahari tadi Hariz dah pergi rumah Mok Na selepas balik dari pekan sehari tu….

Suasana di bazar ramadhan Pekan Pahang .. nii kalah bazar ramadhan Selayang ni…

Ikan bakar yang menjadi hidangan berbuka piasa pada hari tu….
Bye…….

Posted in Peristiwa, BalikKampung, JalanJalan | No Comments »
Assalamualaikum,
Bersambung kita dengan Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 3. Disebabkan keluarga Hariz akan beraya di Kelantan maka Hariz balik ke Pekan Pahang dulu seminggu sebelum raya dan sempat la pergi ke pekan sehari di Bandar Pekan untuk bersama sama meramaikan dan memeriahkan pekan sehari tu.

Hariz dengan muka masam kerana tak ada mood pada pagi itu…

Disebabkan tak de mood tu terpaksalah ayah mendukung Hariz, disamping mengelakkan hilang kerana terlalu ramai orang yang sibuk membeli persiapan raya.

Juga berdukung dengan mak. ….. “Mak , abang nak beli belon laaa”, kata Hariz bila terlihat belon buih sabun kegemarannya.

Masyarakat Pekan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya sibuk memilih pakaian untuk Hari Raya.
Bersambung di Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 4.
Bye……

Posted in Peristiwa, BalikKampung, JalanJalan | No Comments »
Assalamualaikum,
Kita bersambung dengan bahagian kedua dalam Episode Dairi Ramadhan Hariz ni.
Pada ramadhan yang lepas Hariz telah menerima satu kad raya yang tak di sangka sangka dari seorang blogger yang popular iaitu siapa lagi kalau bukan Chot. Hariz dan keluarga mengenali Pakcik Chot ni semasa Rumpun 07 . Err…. boleh ke Hariz panggil pakcik … ke brother chot.

Tersenyum lebar menerima kad raya tu … juga di siarkan di dalam blog Chot

Terima kasih brother chot ….. lawati lah blog beliau di chot.wordpress.com.
Bye…..

Posted in Peristiwa | 4 Comments »
Assalamualaikum semua…
Apa khabar di harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera…. sudah lama blog Hariz ni tak di update dan di sini MHarizDotCom memohon maaf kerana mengecewakan peminat Hariz yang selalu datang ke blog ni. Untuk tak mengecewakan semua kita akan mulakan dengan Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 1.
Pada Ramadhan yang lepas Hariz telah bersama sama ke majlis berbuka puasa di Daycare Endoscopy Hospital Selayang iaitu tempat mak kerja laa….

Suasana semasa majlis berbuka puasa tu…. setiap keluarga membawa masakan sendiri , kira ala ala kampung laa…. bukan ala ala hotel tapi tetap meriah dan menjimatkan sesuai dengan amalam di bulan ramadhan.

Sebahagian dari keluarga kakitangan daycare menjamu selera….

Hariz tak melepaskan peluang dengan ikan dalam akuarium di daycare tu.

Seronok bermain walaupun tak makan sangat semasa orang lain sibuk berbuka puasa.
Bersambung dalam Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 2 …..
Bye……

Posted in Peristiwa | 4 Comments »
Assalamualaikum,
Apa khabar semua, di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Hariz rasa semua dah tak sabar nak balik kampung untuk beraya. Hariz dan keluarga dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua , Maaf Zahir dan Batin dan terima kasih kerana mengunjungi blog Hariz ni. Hariz akan balik ke Ketereh , Kelantan dan akan beraya selama seminggu di rumah Mami Tok .

Kalau ada yang teringin dan tak sabar sabar nak bagi duit raya untuk Hariz tu … sila sila kan lah yee….. Pakcik Chot nak bagi berapa tahun ni ?
Bye……. bye……………

Posted in Peristiwa | 14 Comments »
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hariz kalau tak sibuk menonton Astro Ceria tu , Hariz akan sibuk melukis suruh ayah lukis Ultraman lawan Raksasa.

Kalau tak dalam buku lukisan Hariz tu…. kedalam komputer pun kena lukis jugak.

Ini adalah Ultraman Tiga dan Raksasa tengah berlawan , ultraman di bantu oleh pasukan GUTS dangan 2 buah kapal terbang sedang menembak raksasa.

Nah inilah lukisan Hariz ayah menggunakan paint. Pertempuran yang ganas.

Bukan Ultraman Tiga di Astro Ceria yang Hariz minat, Ultraman Nexus di TV3 pun Hariz tak ketinggalan.

Wah seronoknya Hariz dengan lukisan pertempuran ultraman ni ….

Aksi pertempuran antara Ultraman Nexus dan Raksasa ….. lebih kurang sama jee aksi ni…. heeeee heeeee…..
Bye ……. bye…….

Posted in Mainan, Peristiwa | 6 Comments »