Ultraman Showcase Bahagian 2
Jun 10th, 2008 by MHariz
Assalamualaikum,
Apa khabar, bersambung kita dalam aksi Ultraman Bersama MHariz.

Wah banyak betul Ultraman ni… otak Jepun betul laaa …macam ni mau koyak poket mak bapak nii… kalau la Hariz buat koleksi nii.

Sementara menunggu tu, bergambar dengan seriusnya. Lepas makan di McD tu , Hariz dan ayah terus ke pentas semula lebih kurang jam 12.35 tengahari dan terkejut di buatnya kerana ramainya peminat Ultraman sudah beratur. Hariz terpaksa beratur panjang macam dua pusingan laaa….

Disebabkan ramai sangat dah menunggu, penganjur mengambil langkah bijak dengan memulakan acara pada 12.45 tengahari iaitu awal 15 minit. Tiga ultraman keluar melakukan aksi iaitu Ultraman Nexus, Ultraman Tiga dan Ultraman Max. Untuk bergambar tu bukan percuma , RM 12.oo kena keluar dari poket mak ayah masing masing, dan juga satu permainan RM 23.00 paling murah tuu … yang besar sikit tu RM60.00. Setelah 40 minit ayah mendukung Hariz, maka sampai la giliran Hariz untuk bergambar.

Inilah aksi hanya beberapa saat jee, nasib baik laa dapat juga bergambar dengan Ultraman Nexus. Ayah juga melakukan aksi yang sama tapi kalau ayah jadi raksasa tu mahu pengsan Ultraman yang saiz lebih kecil dari ayah tu kena belasah oleh ayah. Setiap peserta hanya bergambar dengan satu Ultraman sahaja. Nasib baik laa mak Hariz dapat ambil gambar ni , gambar yang di ambil oleh penganjur hanya 4R jee….
Ok laaa sekian lah perjalanan Hariz dengan Ultraman..
Bye…



lorhhh. ade peminat otomen rupa nye…
http://budakmerah.selamba.net/
haha.. ayahnya jadi otomen apa lak tu…