MHariz, R&R Temerloh dan Kg Sawah
Mar 11th, 2008 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Apa khabar , pada bulan Feb lepas iaitu masa cuti Tahun Baru Cina, Hariz balik Kg Sawah, Pekan Pahang untuk melawat Tok dan saudara, pasal dah lama tak balik kampung iaitu semenjak bulan puasa tempoh hari lagi. Sebenarnya Hariz nak balik pada akhir tahun tapi kerana banjir melanda kampung tu maka Hariz tunda laa perjalanan balik kampung tu.

Ni gambar masa berenti untuk makan dan rehat di R&R Temerloh , tengahari yang panas dan ramai orang balik kampung. Berhenti di Temerloh kerana mak mengidam nak makan ikan patin. Kalau sapa sapa nak makan masak lemak ikan patin tu silalah ke R&R Temerloh yang terkenal dengan ikan patin.

Lagi di R&R Temerloh, lepas makan tu beli pulak buah untuk Tok dan keluarga, tu Hariz tengah makan jambu …jambu testing dari penjual jambu.

Sebenarnya banyak aktivit dan kenduri yang Hariz pergi masa di Kampung Sawah tu , tapi ni lah aktiviti yang paling menerujakan Hariz iaitu main kayu dan kejar ayam dengan sepupu Hariz yang lain.
Bye …… jumpa lagi.


