MHariz Pergi Zoo Negara
Jun 17th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Pada cuti Hari Pekerja yang lepas iaitu awal bulan Mei lepas Hariz, ayah , mak dan Mak Lang telah pergi ke Zoo Negara. Kat sini Hariz sertakan sedikit gambar masa Hariz pergi jalan-jalan kat zoo tu.

Ni gambar kat pintu masuk Zoo. Ayah kena bayar RM 15.00 untuk seorang dewasa, nasib baik la Hariz dapat masuk free.

Hariz tengok “fish”. Wah ni lebih besar dari “fish” Achu kat Kampung Ketereh ni!

Wah…….. banyaknya “fish” besar ….!!!! Hariz teruja tengok “fish” besar.

Lepas tu Hariz pergi ke “Children’s World” , Hariz ingatkan “Mawi World” jee ada tapi Children pun world jugak….. apa apa pun world laa. Kat sini ada kuda kecil, ayam , burung helang, burung hantu, arnab , kambing dan ular pun ada.

Wah ramainya orang, cuba cari mana Hariz…. jumpa kan? Hariz tak sabar sabar ke tempat Zirafah tu.

Ha…. tu dia yang dinamakan Zirafah.

Ni pulak Gajah …….. besarrrrrrnya..!!!!

“Bird….. bird ” banyaknya bird kat sini. Hariz sangat teruja dengan “bird”. Mak Lang pulak tak ketinggalan memberi pose yang istimewa kat tepi kolam burung.

“Mak dan Mak Lang , tolong cepat sikit, nanti Hariz tinggalkan baru tau…..!!!!

Eeeh….. takutnya tengok beruang-beruang besar ni….!!!

“Kenapa ada bonggol kat atas belakang unta tu mak “, tanya Hariz.
“Tu untuk menyimpan bekalan air” , mak memberi jawapan.

Akhir sekali Hariz ke kandang Seladang. Banyaknya seladang tengah berehat. Mungkin seladang-sedang tu tengah fikit kot kenapa laa ramai sangat orang tengok mereka hari ni, siap ambil gambar lagi… begitulah rasa sang seladang yang merasa sangat glamour pada hari itu.
Lepas tu ke tempat pertunjukkan anjing laut, tapi tak dapat tengok pertunjukkan anjing laut dan hanya dapat pertunjukkan kepala orang sahaja kerana terlampau ramai orang hari itu. Ayah pun ajak balik , Hariz , mak dan Mak Lang pun ikut laa….
Sekian la perjalanan Hariz ke Zoo Negara. Jumpa lagi di perjalanan yang lain pula.
Bye….



best la hariz….teruja dapat pegi zoo…
[…] Lepas tu terus Hariz ke KLCC..tak sabar nii…. !!!!!. Panas la pula, tadi mendung je, nasib baik laa Hariz pakai topi. Lega sikit rasanya. Mak sibuk dengan SMS , ni mesti Mak Lang ni, mesti Mak Lang jeles tak dapat ikut Hariz ke KLCC ni… Hari tu Mak Lang ikut Hariz ke Zoo Negara. […]