MHariz Pergi Ke KLCC Bahagian 2
Jul 10th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Apa khabar semua ? Bersambung lagi dalam siri perjalanan Hariz ke KLCC. Setelah berjalan di Taman KLCC tu , Hariz ingat nak terus ke KLCC la , rupa rupanya Hariz di dibawa ke kawasan kolam dan taman permainan dulu.

Ramai juga keluarga yang bawa anak- anak mereka mandi manda di kolam tu. Kolam KLCC tu untuk kanak- kanak je, tapi Hariz tak teruja pun dengan kolam tu. Hariz nak ke KLCC laaa….

“Mak , Hariz nak pergi KLCC ” , Hariz dengan muka sedihnya . “Sabar laa nanti kita pergi laa, kan kita dah sampai KLCC dah ni, kita round taman laa dulu”, kata mak. ” Kan Hariz suka main air , kenapa pula tak teruja langsung nii “.

Lepas tu Hariz ke taman permainan kanak-kanak yang berdekatan dengan kolam tu. ” Hariz nak naik buai laa , mak “.

Ini kali pertama Hariz naik buai macam ni …. berdebar rasa jantung nii. Jangan hayun kuat kuat ya…… !!!

Lepas tu Hariz naik Zebra la pula . “Pelan -pelan ye Zebra , Hariz kecil lagi ni”.

Hariz tak lepaskan peluang ronda-ronda di kawasan sekeliling. Tengok kakak tu jalan elok ada, di panjatnya dinding tu, tunggu laa nanti Hariz besar sikit Hariz akan panjat juga … Ini kan permainan kanak-kanak .

Lepas tu terus Hariz ke KLCC..tak sabar nii…. !!!!!. Panas la pula, tadi mendung je, nasib baik laa Hariz pakai topi. Lega sikit rasanya. Mak sibuk dengan SMS , ni mesti Mak Lang ni, mesti Mak Lang jeles tak dapat ikut Hariz ke KLCC ni… Hari tu Mak Lang ikut Hariz ke Zoo Negara.

Hah…tu dia KLCC , bila nak sampai ni !!! Hariz dah tak sabar lagi ni, lagi pun hari dah semakin panas ni….. Ikuti lah sambungan perjalanan Hariz ke KLCC .
Bye…….



amboi.. comelnya mhariz nie.. kecik2 dah pandai main komputer.. ho! ho!.. gi jalan2 kat klcc yer..
Terima kasih la Bro Shuth kerana datang melawat ke blog MHariz ni . Tak sangka la pulak otai IM Malaya datang ke sini