MHariz Pergi Ke KLCC Bahagian 1
Jul 8th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum ,
Apa khabar ? Sihat ke semua, Hariz demam sikit dan selsema . Tapi ok laa cuma tidur malam tu tak selesa laa pasal hidung tersumbat. Ok laa kita teruskan dengan perjalanan Hariz ke KLCC.

Hariz gembira tak terkata kerana ayah akan bawa Hariz ke KLCC hari nii… Sebelum ni Hariz dapat tengok KLCC dalam TV jee. Tak sangka pulak jadi kenyataan hari nii. Horeeeyyyyyyy …!!!!!!. Hariz ke KLCC …… Perjalanan dari rumah lebih kurang 30 minit jee , sebab hari Sabtu jadi jalan kurang jem la.

Sebenarnya , ayah parking kereta dekat dengan Convension Centre. “Kenapa ayah parking kereta jauh nii” . “Saja , supaya Hariz dapat tengok KLCC dari jauh” kata ayah. Jadi Hariz pun turun melalui Aquaria and keluar ke Taman KLCC. Sempat la pula bergambar dengan 2 ekor katak besar tu, eehhhh takut laa Hariz…..!!!!!

Nah tu dia KLCC, Hariz dapat tengok KLCC . Tak sabar rasanya ke KLCC ni, tapi sempat juga posing dulu.

Wah…tingginya KLCC tu…… Jom ke KLCC , Hariz tak sabar lagi nii…!!! “Ayah, Mak … cepat ke KLCC”.

Hariz begitu teruja melihat KLCC didepan mata, tak sangka dapat ke KLCC.

Jom cepat , besar juga Taman KLCC ni. Jauhnya Hariz kena jalan ni , nasib baik laa hari mendung . Kalau tak mau berpeluh sakan nii.. takpe laa janji dapat ke KLCC. “Banyak juga bird kat sini ya “.

Tuu…KLCC . Hariz sekali lagi begitu teruja melihat KLCC dari dekat.

Dan terus tak melepaskan peluang bergambar dengan mak berlatar belakangkan KLCC. Jangan lupa untuk mengikuti perjalanan Hariz ke KLCC dalam siri seterusnya, cheee wah …bersiri siri la pulak . Macam drama Samarinda.. huu huuu…
Bye…………….


