MHariz Pergi Ke Jempol
Jun 19th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Jumpa lagi dalam siri jalan-jalan bersama Hariz.
Pada awal cuti sekolah bulan Mei yang lepas Hariz telah pergi ke Felda Serting 2, Bandar Seri Jempol , Negeri Sembilan. Kat mana tu? Hariz pun tak tahu , inilah kali pertama Hariz ke sana. Hariz ke sana bersama dengan rombongan enam buah kereta kawan-kawan mak untuk ke kenduri kahwin kawan mak. Bertolak dari Selayang jam 9 lebih dan setelah 3 jam lebih barulah sampai ke destinasi.

Ni Hariz tengah teruja di bawah khemah pengantin, dan juga sambil mendengar pertunjukkan “live” dari band kampung tu.

Suasana meriah di majlis perkahwinan itu……”Ahh tambah nasi tuu Mak Cik Kiah, jangan malu malu..!!”

Ni laa kawan mak tuu……Mak dan Pengantin , Mak Cik Maria rakan setugas mak , masa mak kahwin dengan ayah dulu Mak Cik Maria pun datang juga ke kenduri kahwin tu.

Lepas tu Hariz dengan bunyi bising berdentum dentum , rupanya kompang di palu menandakan pengantin lelaki dah datang. Kenduri tu dibuat untuk dua orang pengantin iaitu Mak Cik Maria dan adik dia.
Makan sudah, dengar “live” band sudah, pengantin pun dah datang maka masa untuk balik laa……

Cak….. Mana Hariz nii? Ada…….
Hari tu Hariz tak terus balik ke rumah , kerana esok ada kenduri di Alor Gajah , Melaka. Anak kakak mak yang tinggal di Melaka akan kahwin , sepupu Hariz laa. Macam mana pulak nii , Hariz kecil lagi tapi sepupu Hariz dah mak kahwin ? Ikutlah perjalanan Hariz untuk mengetahui jawapan Muktamat kepada persoalan tersebut.
Sekian, jumpa lagi di perjalanan yang seterusnya ke Melaka.
Bye……



haii..comelnyer hariz..tapi time pegi zoo..mak lang plak interprem lebih..kah kah