MHariz Pergi Ke Ayer Keroh Bahagian 2
Jun 26th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Apa khabar ? Bersambung kita dalam siri jalan-jalan bersama Hariz. Di Ayer Keroh banyak tempat yang dapat dilawati . Tapi kerana kesuntukkan masa, sebab Hariz kena pergi kenduri kahwin, maka hanya dua tempat je yang Hariz dapat pergi dalam lawatan singkat itu.
Hariz ke Taman Buaya dan ke Taman Mini Malaysia sahaja. Nah tengok laa gambar lawatan Hariz…

Nii Hariz kat depan pintu masuk Taman BuayaMelaka. Hariz tak sabar nak tengok buaya nii…… jom ikut Hariz..!!!!

Eeehh…… takut , nampak tak buaya besar kat belakang Hariz tu. Namanya Johnny, buaya yang telah diawetkan . Nak tahu kisah Johnny selanjutnya , silalah ke Taman Buaya Melaka. Masa Hariz datang ni Taman Buaya sedang di ubah suai , mungkin beberapa bulan lepas nii elok la sikit taman nii

Nampak takbuaya buaya tu ? “Kenapa buaya tu tak bergerak mak ,” tanya Hariz.
“Buaya kenyang kot,” balas mak.

Nah …. lagi gambar buaya buaya sedang berehat. Hariz rasa buaya ni kerjanya berehat jee kot. Senang jadi buaya dalam sangkar nii. Sapa sapa mau jadi buaya….. sila angkat tangan !!!

Selepas melawat Taman Buaya, Hariz ke Taman Mini Malaysia pula, kat sana Hariz beli beberapa cenderahati untuk di bawa balik .

Sempat juga Hariz memberikan pose teristimewa didepan Taman Mini Malaysia tu.
Selepas itu Hariz ke D’Village Resort untuk check out, dan meneruskan perjalanan ke Alor Gajah untuk menghadiri kenduri sepupu Hariz. Sepupu Hariz dah kahwin? Macam mana ni , Hariz kecil lagi tapi sepupu dah kahwin ni….. ikutilah perjalanan Hariz seterusnya untuk mengetahui jawapannya…..
Bye.


