MHariz Pergi Ke Ayer Keroh Bahagian 1
Jun 24th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Bersambung lagi kita dalam siri Jalan-jalan bersama Hariz. Selepas habis kenduri di Felda Serting 2 tuu, Hariz terus ke Melaka. Dari Bandar Sri Jempol , Hariz ke Kuala Pilah dan dari situ ke Tampin Nogori Sembilan. Tampin tu kiranya sempadan dengan Melaka dah, dari situ Hariz ke Simpang Empat . Di sana ada jalan ke Lebuhraya Utara Selatan. Terus naik ke lebuhraya dan keluar di tol Ayer Keroh lebih kurang setengah jam agaknya , sangat sibuk lebuhraya ketika itu kerana musim cuti sekolah bermula.
Ayah pun terus memandu ke Sri Warisan Resort di Ayer Keroh untuk dapatkan tempat penginapan kami , tetapi kerana cuti sekolah semua bilik habis ditempah. Alamak … nak buat macam mana nii? Hariz risau jugak kerana Hariz tak tempah pun bilik kat mana mana hotel. Lepas tu Hariz ke D’Village Resort, nasib baik laa ada lagi bilik kosong. Lega rasanya …..

Ni laa D’Village Resort Ayer Keroh, lega rasanya….nasib baik ada bilik kosong. Berapa kena bayar? RM 120.00 semalam, mungkin sebab musim cuti kot!

Ahhh…..lega rasanya selepas satu hari penat berjalan, minum susu dulu….lepas ni barulah mandi. Ni kali pertama Hariz tinggal kat hotel nii.

Dah lepas rehat dan mandi , jalan-jalan la pulak. Bilik Hariz kat blok belakang tuu….

Lepas tu Hariz keluar bersiar-siar kat depan hotel tu…Ni gambar kat depan D’Village Resort.

Kat depan hotel tu ada taman , ni Hariz bagi pose istimewa kat taman depan hotel.
Malam tu, Hariz keluar makan kat Ayer Keroh. Punya la susah nak cari tempat makan, macam mana laa pusat pelancongan dan banyak hotel disekitar tapi tak ada medan selera berdekatan. Selepas hampir sejam meronda kawasan mencari tempat makan , maka ayah teringat tempat makan yang ayah pernah pergi bersama kawan-kawan semasa outstation ke Melaka tak lama dulu. Tempatnya agak jauh dan susah nak jumpa kalau tak tahu. Nama tempat tu Sungai………. ahh tak ingat laa. Kat situ ada Restoran Seafood besar dan ramai sungguh orang kat situ.

Ni gambar Hariz lepas makan kat restoran itu, Hariz dapat tengok “fish”kat kolam tu….
Ok laa.. ikuti sambungan perjalanan Hariz di Ayer Keroh.
Bersambung ……….



wow..bro..menarik gak kisah dan pengalaman bersama mhariz ni…
Saharman, aku dari blog MohdIsmail. Ternampak komen kau tadi and bila singgah ke sini, tak sangka nama anak kita hampir sama. Kalau tak keberatan, aku nak bertukar link dgn
http://kids.azwanhadzree.com/
itupun kalau sudi. Sila tinggalkan mesej disana atau emailkan sahaja
selepas 2 minggu akhirnya pakcik berjaya membuka site ni.. tu pun nasib baik mama haris yang bagi add yg betul, kalo tak sampai ke mati x dpt
Tahniah kerana mengabdikan kenangan anak anda dalam blog ini…