MHariz Ke Rumpun07
Aug 29th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Pada tengahari Sabtu lepas Hariz dan keluarga ke Jalan TAR untuk membeli belah dan seterusnya pada jam 3 lebih tu terus ke Masjid AsSyakirin KLCC untuk solat. Seteleh selesai solat Asar tu , tiba tiba hujan turun dengan lebatnya. Program asal adalah Hariz akan berjalan ke Pelita Nasi Kandar di Jalan Ampang tapi terpaksa di tukar plan , ayah terus memandu ke sana. Sampai di sana dah hampir pukul 5.45 petang dah dan terus ke tingkat atas. Keadaan penuh sesak dengan blogger blogger yang Hariz sendiri tidak kenal.

Hariz duduk di hujung sudut setelah ayah di panggil oleh kenalan blog ayah iaitu Uncle Azwan Hazree. Sebenarnya Uncle Azwan Hazree ada anak bernama Hariz juga tapi tidak dapat datang hari tu. Jadi melepas la peluang Hariz berjumpa dengan member hari tu.

Ini lah Uncle Azwan Hazree dengan gaya tersendiri mengambil gambar. Senyum…..senyum….. nak masuk dalam blog nii..!!!

Antara blogger blogger yang hadir pada hari itu….. tak sempat berkanalan dengan semua kerana semasa Hariz sampai sesi sua kenal dah separuh dah dan juga tempat yang sesak dan gangguan bunyi dari luar.

Ditengah kesibukan dan kesesakan itu …. tiba tiba muncul seorang awek cilik ….!!!! Siapa dia ? Ingatkan Hariz sorang jee kanak kanak … nasib baik laa ade member….. awek cun pulak tuu.
“Ee…… boleh berkenalan , saya Hariz dari MHarizDotCom dan saya suka Ultraman dan lori sampah dan bas sekolah juga ….”

Sempat juga posing dengan blogger popular itu …siapa kah dia? Inilah wajah sebenar MohdIsmail dari MohdIsmailDotCom.
“Uncle Mail, jangan bimbang masih lama lagi untuk Hariz merampas populariti MohdIsmailDotCom tu”.

Mohd Ismail menerangkan serba sedikit tentang PCMalaya iaitu satu projek dari HappyPeopleMedia.

“Sebenarnya bas tu putus tali kipas laa pulak………..”. cerita selanjutnya boleh dibaca di blog Mohd Ismail.

Ini pula adakah Josh Lim Boss Advertlets Sdn Bhd.
“Uncle Josh, ajar laa Hariz macam mana nak jadi boss …….bila besar Hariz nak jadi boss juga”

Walaupun banyak kekurangan tapi Hariz tetap enjoy dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjayakan Rumpun07……. sesungguhnya Event Management nii adalah satu tugas yang sukar.

Dan akhir sekali sesi bergambar beramai ramai. *Gambar ini di ambil dari blog Josh Lim Advertlets sebab itu lah ayah ada dalam gambar , selalunya ayah berada di belakang kamera sahaja.
Bye…… bye…… sehingga jumpa lagi..



err.. hariz.. abang rasa, abang dah kelihatan macam abah orang…. ha ha ha..
*terima kasih Hariz sebab datang ke Rumpun bawak mak ayah sekali, nnt besar jgn lupakan abang ye…
nice pics…walaupun guna compact camera tp hasil nya seperti slr….
Mohd Ismail: OK nanti bila Hariz dah 3 tahun untuk Rumpun08? Kita jumpa lagi. Insyaallah.
Chot : Nikon D80 adalah idamanku tapi dengar cerita D300 dan D3 akan keluar November ni…… hanya mampu mengidam jee….
kalo hariz dah besar nanti, maka bagaimanakah rupa pakcik mael nanti? mungkin kesibukannya akan terlebih popular bersama keluarga dan junior mohdismail pulak… ngeh4.
oohhh ini ke blog hariz ker.. baru tau hariz ada blog yang comel… besar nanti jadi boss elok2 k..
Bila Hariz nak dapat adik lagi. Mungkin Rumpun 2008, Hariz boleh bawak adik … ada 350 hari lagi, masih sempat … ha..ha..
Biarlah Hariz mengecapi populariti dulu, kalau ada adik tu mungkin populariti Hariz sekarang ni akan dirampas oleh adik Hariz pula…..Hariz baru saya mengecap populariti yang luar biasa selepas Rumpun07 tu. Tak sangka laa pulak sekarang ni makin ramai yang tahu blog MHariz nii. Apa apa pun blog MHariz ni menjanjikan kelainan dari blog blog lain……
Waa….rugi nyer…x dpt jumpe Hariz masa Rumpun coz masa tuh..roku x brapa sihat leR….Suara xde…ngan batuk&selsema…Mcm mana nak introduce blog kalau xde suara kan???Hehehhe…Anyway…harap2 leh jumpe ngan Hariz masa Rumpun 08 lak….Ok…Take care ek….Blaja rajin2 tau….Huhuhuhu….Salam…
ehhh hariz ni comeee la:)
[…] sebelah kiri tu Saharman rupanya. Aku tak perasan masa aku pertama kali post. Lawat blog anaknya, MHariz, untuk berkenalan dengan budak comel […]
RUMPUN 2007 GATH
Sudah berlalu… tapi walaupun aku tak dapat menghadirinya, aku terasa teramat rugi kerana ramai antara bloggers yang aku kenal melalui ‘online’ dapat hadir. Aku bukan boleh tengok bila ada majlis camni… mmg seronok la. Aku selalu…
Cutenye Hariz nie…rasa nak cubit2..
agak lama blog ini tidak di update..
Biler nak update ni adik Hariz……Kekkeke…Ni mesti papa bz sgt kan…..Huhuhuhu….Nanti suruh papa update tau…..Rindu nak dgr citer adik Hariz….
Hariz mintak maaf laa…sebenarnya banyak aktiviti Hariz nii…cuma ayah tengah sibuk dengan kerja buat tender document sekarang nii…hujung minggu pun kena kerja …nanti la sedikit masa nanti…
salam, hariz punya gambar pun abang ada ambik tau, tgk la kat sini : http://vangardx.net/blog/rumpun-2007-malay-blogger-gath-part-2/ ada gambar hariz mak ngan ayah
[…] Source: MHariz […]
[…] yang popular iaitu siapa lagi kalau bukan Chot. Hariz dan keluarga mengenali Pakcik Chot ni semasa Rumpun 07 . Err…. boleh ke Hariz panggil pakcik … ke brother […]