MHariz Balik Kampung Bahagian I
Aug 12th, 2007 by MHariz
Assalamualikum semua,
Hari tu Hariz dan keluarga telah balik kampung ke kampung mak di Kampung Sawah, Pekan ,Pahang. Perjalanan dari Selayang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih sahaja melalui MRR2, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur, sebenarnya tak terasa sangat kerana lepas penat melihat permandangan dan lori sepanjangan perjalanan tu, Hariz tidur kejap.

Dah sampai kampung tu, apa lagi lepaskan penat dengan minum susu laa. Aik macam laa Hariz yang bawa kereta tu penat sangat!!!

Selepas minum susu dan mandi , terus Hariz tak melepaskan peluang untuk melihat ayam-ayam tuk yang berkeliaran di depan rumah. Sambil mata terus menumpukan ke arah ayam-ayam tu, ” Ayah nak turun….nak turun tengok kokok tuu….”, kata Hariz.

Terus, tanpa berlengah lagi Hariz menuju ke arah ayam-ayam itu. Bukan senang nak tengok ayam ni kalau kat Selayang.

Panas sungguh petang tu, tapi itu tidak menghalang Hariz untuk melihat ayam-ayam itu dengan lebih dekat. Hariz memakai topi kegemarannya sambil teruja melihat ayam-ayam tu makan.

“Ayam-ayam tu makan apa?” tanya Hariz.
“Makan kelapa laa, tu kepala yang tuk belah”, dengan slambenya ayah memberi jawapan.
Hariz tak tahu pun yang kelapa pun boleh dijadikan makanan ayam, sekarang baru la tahu. Nasib baik laa balik kampung, macam mana laa budak-budak di bandar tu yaa mesti mereka pun tak tahu.

Selepas tu Hariz berjalan-jalan pula sekitar rumah tuk.
“Penatnya Hariz ni, luasnya kawasan rumah kat kampung ni, kalau kat Selayang kat sebelah rumah dah ada rumah orang lain dah dan di depan pun banyak rumah orang lain. Mana rumah orang lain nii? Luasnya kawasan rumah di kampung ni” komen Hariz.

Sempat posing kat depan pintu pagar rumah tuk. Ni posing teristemewa untuk peminat peminat Hariz yang setia melawat blog Hariz ni….

Dah penat dah Hariz, ok lah jom balik rumah. Kat belakang tu adalah reban ayam tu. Di situ laa ayam-ayam tuk tidur. Nanti terus la ikuti kisah Hariz di kampung ni…
Bye….bye …..



ha..ha.. banyak ayam, boleh buat kenduri ni
Yee lah pakcik, goreng pun sodap. Ini ayam kampung ori punya.
ayam je ke? hehehe hariz mesti tak pernah jumpa kambing kan?
Kambing tu Hariz jumpa di bahagian akan datang, jangan lupa mengikuti perkembangan di bahagian seterusnya.
[…] Source: MHariz […]