MHariz Balik Kampung Bahagian 4
Aug 24th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Setelah beberapa hari di kampung tu, Hariz rasa macam tak nak balik ke Selayang pula kerana seronok di kampung ni.

Seronoknya di pagi hari, bangun tidur terus dapat tengok ayam. Kookk…kokkk….. ayam jantan tuk sibuk mengais-gais makanan.

Sempat bergambar dengan Pakcik Mubin, adik mak yang nak pergi kerja di kilang Naza Motor Pekan. Bukan apa sebab tengahari ni Hariz dah nak balik dah. Pak cik adalah penganggur terhormat dalam jurusan perguruan dan dah 2 tahun menunggu panggilan untuk menjadi guru. Dia termasuk dalam statistik guru-guru yang menggangur, nasib baik la ada kerja di Naza Motor tu, kalau tak mana nak cari duit beli rokok tu ( Amaran oleh Kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan)

Selepas tu Hariz ke rumah Mok Na iaitu kakak mak, untuk melihat sepupu baru Hariz. Ini bukan anak Mok Na tapi anak Pakcik Sani iaitu abang mak, Mok Na jaga baby ni dan abang nya sekali. Tahun ni tuk dapat 2 orang cucu baru.
“Macam ni tercabar Hariz sabagai cucu glomour ni” kata Hariz.

Tak berapa lama kemudian kedua-dua sepupu Hariz balik dari tadika, apa lagi terus main lumba kereta laa…. brooommmmm…… broooooommmmmm…. brooooommmmmm….
Selepas itu Hariz pun balik ke rumah tuk.
“Ada surat untuk Mubin”, kata tuk kepada mak.
Ya.. surat panggilan kerja sebagai guru di Sekolah Vokasional Seksyen17 Shah Alam, Selangor. Pak cik Mubin di panggil pulang oleh mak, sebenarnya surat tu lambat sampai kerana berlaku kesilapan alamat , tapi tak apa la janji Pakcik Mubin dapat mengeluarkan diri dari menjadi statistik guru-guru yang menggangur. Terus Hariz tak lepaskan peluang bermain bola di ruang depan rumah tuk.

Hariz melakukan tendangan percuma ala-ala David Backhem.

Pelbagai aksi stunt dilakukan oleh Hariz semasa bermain bola dengan Pakcik Mubin.

“Yeeah……. yeaaahh… yeaahhhh……” Hariz merampas bola dari Pakcik Mubin. Satu lompatan Hariz yang mungkin boleh mengejutkan pemain-pemain dari pasukan Malaysia.

Bye… tuk. Bye… Pakcik Mubin yang berpeluh peluh setelah ditewaskan oleh Hariz dengan 5 berbalas 0 .
“Jangan lupa berlatih Pakcik Mubin, bila kalah tu jangan lupa berikan pelbagai alasan , nanti Hariz akan tewaskan pakcik dengan 5-1 pula”.
Maka Hariz pun bertolaklah balik ke Selayang , dalam perjalanan tu Hariz tidur hampir 2 jam setengah kerana kepenatan dan mak pun tumpang sekaki laa tidur…. zzzzz…. zzzzz. Hariz sampai di rumah lebih kurang jam 6.30 petang.
Sekian la catatan perjalanan Hariz balik kampung. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan Hariz seterusnya…….
Bye…… bye……. sehingga jumpa lagi.



I think I recognised this boy..haaa..dtg rumpun bwk anak tue erk..I got a picture of both of u..ehehe
Ya… sudah semestinya….. Hariz pun blogger melayu juga, tak boleh lepaskan peluang ke Rumpun 07 tuu… terima kasih ke blog Hariz nii.
aaa…..along jeles sama hariz, kecik2 dah ada blog
, jadi boss pd ummah ^_^
moga besar jadi boss ya dik
hariz…hehe, mau jadi ‘bahan experimen’ along tak?? hehe, kena buat kat budak2 plak ‘operant conditioning’ utk sem ni..huhu “,
[..yay] lupekan saja lah…hehe;p
Act, teruja. Seronok plak kalu dpt berdialog dgn budak hariz ni online..
Itu mind set yang ayah Hariz setkan dari kecil untuk Hariz, sekarang nii adalah proses promosi melalui blog , mana la tahu moga moga boleh jadi brand satu hari nanti. Apa pun teruslah Along ikuti perkembangan Hariz ni….. “operant conditioning” tu apa? Sejenis raksasa yang lawan Ultraman ke?? Heeee…. acah jeee… kalau ade apa apa contact laa …bagi komen kat sini je. Jangan lupa bagi tahu la member member dan member kepada member dan ……. pasal blog Hariz nii…
bagusnya saudara ni.. berblog untuk anak.. satu contoh yg akan saye contohi bila dah ada anak nanti… hehehe.. insyaAllah.. khawin pon belum camne nak cepat dapat anak ni.. kekeke..
ye ke aritu lepak ngan bebudak scukz.com tu.. josh lim ade tanye pasal khai ye.. ingat plak dia ngan khai.. kakaka… neway dah lama perasan sebab dalam ramai2 tu, ada sorang je yang dukung anak… hehehe….
eh, khai bukan ex alam shah… skolah biasa je dulu.. skang study kat limkokwing university..
nice to know u.. hope rumpun kali ke 2 nanti akan mempertemukan kita and anak u yg comel lotey tu.. hihihi….. akhir kata, Assalamualaikum..
psstT: mari bertukar2 link blog…
takder sapo2 yang mengetag mhariz ke? nanti saya bagitahu member kepada member dan kengkawan kepada kengkawan supaya datang sini dan menghabiskan bandwith mhariz… adesh gurau je laaa…
nak mintak gambo mhariz sekeping bleh? dengan izin, bleh promote sakan…
Khai: Tak pe lain kali boleh jumpa lagi untuk Rumpun seterusnya , nanti saya add link untuk blog Khai tu …
Abd Fatah: Kalau nak gambar Hariz tu 4 -5 keping pon tak kesah di izinkan …terima kasih kerana sudi promote blog Hariz ni , nanti saya link kan blog Abd Fatah sekali yeee…. Sekarang nii saya cuma link blog anak AzwanHazree… nama anak dia sama dengan Hariz .
hariz kecik2 lg dah jadi e-lebriti…heheeh
Waaa…best nyer baca citer adik Hariz ni….first time tgk blog pasal citer life budak2…walaupun ni hasil garapan ayahanda adik ni…tp,memang best la…Erk…Bro..tukar2 link ek???
Rokudaime :Wah…ni brother brother yang duduk kat belakang tempoh hari di Rumpun tu kan? Tukar link….. nanti di addkan di blogroll Hariz
[…] banyak cerita yang diceriterakan dalam blog beliau yang bernama mhariz dot com. […]
lompatan padu maut dari mhariz untuk merampas bola…ni mesti tiru dalam citer otramen nih..
[…] Source: MHariz […]