MHariz Balik Kampung Bahagian 2
Aug 16th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum semua,
Jumpa lagi dalam cerita Hariz di Kampung Sawah ni. Kampung Sawah ni terletak lebih kurang 14 km dari Bandar Pekan, Pahang Darul Makmur dan 3 km dari Kampung Lamir yang terletak di tepi jalan Pekan-Kuantan.

Seronok sungguh pagi di kampung ni, kalau di Selayang tu pukul 7 pagi dah kena bangun tapi di kampung ni 8.30 pagi pun Hariz boleh tidur lagi. Siapa kata kanak-kanak di bandar tak stress, kami pun stress macam orang dewasa juga. Tapi kalau kat kampung ni masa bangun tiada hadnya, best nya tidur zzzzzzzz……zzzzzz …….. ni Hariz tengah sedap bermimpi ayam bertukar jadi raksasa ni.

Lepas bangun tu, Hariz ke Kampung Lamir. Ke kedai cina di kampung itu , di Kampung Sawah tiada kedai dan di Kampung Lamir hanya ada kedai runcit ini saja. Semua masyarakat di sini melayu dan ada satu keluarga cina sahaja di sini dan mereka lah yang ada kedai, macam biasa jeee…. Tapi kalau balik kampung ayah di Kelantan tu , Mami Tuk ada kedai runcit sendiri di Ketereh.

Masa nak balik tu selepas membeli makanan ringan Hariz dan surat khabar, lori gas pun sampai. Lori adalah benda yang menerujakan Hariz sebagai kanak-kanak.
“Lori gas….lori gas …….lori gas” jerit Hariz.

Ni permandangan balik ke kampung dari kedai runcit tu, lebih kurang 3 km dan di penuhi pokok getah, pokok kelapa sawit serta kebun. Tenang nya ……

Ini permandangan bila dah masuk kawasan kampung, kebun orang kampung di kiri kanan jalan.

Kawasan halaman rumah dipenuhi pokok-pokok kelapa. Di sebelah kiri tu adalah pintu pagar rumah tuk. Tiada trafik jem atau pun mat-mat rempit kelihatan, cuma jalan kadang-kadang tu di penuhi oleh bom bom atom yang dilepaskan oleh lembu lembu orang kampung yang berkeliaran. ” Awas bom atom di depan tu!!”. “Nampak tak?”.

Hariz kemudian tak melepaskan peluang untuk melihat lembu-lembu di kampung. Kat bandar mana boleh lihat lembu, dalam buku saja laa.
“Ayah …ayah mooo….moooo…. tu “, kata Hariz.
“One ….two ….three….. mooo la ayah “, kata Hariz lagi.
Hariz mengira lembu-lembu itu dalam Bahasa Inggeris , ini sebagai persediaaan untuk Hariz mengambil peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Selepas tu ke kolam ikan dalam sangkar pula yang terletak di sungai berhampiran.
“Ayah , Hariz nak tengok fish”, kata Hariz.
Hariz kecewa kerana tak dapat melihat ikan dalam sangkar itu kerana atas faktor keselamatan, tapi tak apa la sekurang kurangnya dapat melihat sangkar ikan talapia tu kira ok laa. Selepas itu Hariz pun balik ke rumah tuk…
Nantikan aktiviti Hariz seterusnya…..
Bye… bye…….



wargh..indahnya kampung…jauh beza ngan kampung sy..bestnya kalau dpt balik kampung tenteram dan aman..
wah wah seronoknyer..dapat balik kampung…tetiba rindu terbit dihati nak balik kampung gak..nak balik kampung..nak balik kampung….
wahahahaa… nanti besar bleh jadi boss pemandu lori ataupun tokei gas yang berasaskan lori… adesh apa pulok berasaskan lori haaa??
[…] Source: MHariz […]
Halamak… Sekampung plak kita!! Tp sy kg. lamir… Kg sblh je kan? hehehe:)