Kepong Sentral, KTM Komuter dan Thomas
Apr 16th, 2008 by MHariz
Assalamualaikum,
Apa khabar ? Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa akitiviti Hariz sekarang ni . Hari tu Hariz telah pergi ke Mid Valley Mega Mall untuk menunaikan hajat Hariz membeli permainan baru tapi dah lama mengidam tu.

Ni gambar Hariz tengah posing kat depan Stesen KTM Komuter di Kepong Sentral. Hariz menggunakan stesen ni kerana ianya stesen paling dekat dengan rumah Hariz di Selayang tu.

“Ahh…..lambat pulak keretapi ni..”
Hariz dengan bangganya sedang menunggu KTM Komuter.

Gambar dalam Komuter dalam keadaan terkejut kerana ramai sangat orang hari tu. Dari Kepong Sentral ke stesen MidValley mengambil masa lebih kurang 25 minit je.
Sampai di sana terus round round dan cari tempat mainan.

Hariz dengan bangga dan konfius kerana dapat beli Thomas iaitu permainan keretapi seperti yang di tayangkan setiap hari di Astro tu. Sebenarnya bila sampai kesana tu Hariz hampir lupa untuk membeli Thomas kerana menukar pilihan ke Ryukendo, dan ke Power Rangers , ke macam macam mainan lain dan akhirnya kembali ke Thomas.
Jangan lupa sambungan perjalanan Hariz….
Bye……. Bye…………..



uncle mmg minat kat siri tv thomas tu..smpaikan berangan nak beli satu set keretapi dgn siap bukit bukau la…
Hariz pun memang nak beli complete set tu … tapi budget ayah tak mencukupi buat masa ni kena kena budget untuk BumbleBee pulak satu lagi idaman Hariz ..tu tak masuk Megatron , Optomus Prime dan SkyScream… koyak ayah …..mak pun dah lama menunggu beg tangan LV ( high taste pulak mak ni ) yang ayah tak beli beli lagi tu…heee..