Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 5
Nov 26th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Bersambung kita dalam bahagian akhir Episode Dairi Ramadhan Hariz. Pada Hari Jumaat terakhir Ramadhan 2007 iaitu sesudah Subuh pada pukul 6.00 pagi maka Hariz sekeluarga bertolak untuk balik kampung ke Ketereh , Kelantan. Bertolak awal pagi untuk memgelak kesesakan yang lebih teruk. Perjalanan dari Selayang dan tersangkut dengan kesibukan Pasar Borong Selayang dan diteruskan dengan tol Gombak dan terus tanpa masalah. Tapi bila tiba di tol Bentong maka kesesakan telah bermula …. rupa rupanya dah ramai yang turun sebelum sahur lagi…. maka perjalanan menjadi bertambah perlahan…….

Kereta bersusun seolah tiada penghujung….. walaupun bangun awal tapi Hariz tak dapat sambung tidur kerana sibuk melihat kereta yang bersusun itu….

Bersusun menaiki Bukit Tujuh ….. balik kampung …. ooooohhh balik kampung … oooooohhh balik kmpung……. Lagu raya terus berkumandang di radio.

Antara kemalangan yang sempat dirakamkan. Terdapat 3 kemalangan pada hari itu yang menambahkan lagi kesesakan perjalanan Hariz ……

Memberikan pose dengan senyum lebar walaupun Hariz tak mandi lagi…. Sampai di perhentian Merapoh pada pukul 12.00 tengahari iaitu selapas 6 jam perjalanan dari Selayang. Selalunya hanya mengambil masa 3 jam setengah sahaja.

Ahhh….. segar rasanya sesudah mandi tu…. berhenti rehat dan mandi di Merapoh selama setengah jam sahaja dan ayah meneruskan perjalanan selama 5 jam setengah lagi selepas itu untuk sampai di rumah Mami Tok di Ketereh….
Sehingga jumpa lagi dalam Dairi Syawal Hariz…. jangan lupa ya…….
Bye……



panjang jugak episod diari ramadhan hariz ye…hehe
Tu laa…sebab tu lambat update haaa …haaaa…