Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 3
Nov 22nd, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Bersambung kita dengan Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 3. Disebabkan keluarga Hariz akan beraya di Kelantan maka Hariz balik ke Pekan Pahang dulu seminggu sebelum raya dan sempat la pergi ke pekan sehari di Bandar Pekan untuk bersama sama meramaikan dan memeriahkan pekan sehari tu.

Hariz dengan muka masam kerana tak ada mood pada pagi itu…

Disebabkan tak de mood tu terpaksalah ayah mendukung Hariz, disamping mengelakkan hilang kerana terlalu ramai orang yang sibuk membeli persiapan raya.

Juga berdukung dengan mak. ….. “Mak , abang nak beli belon laaa”, kata Hariz bila terlihat belon buih sabun kegemarannya.

Masyarakat Pekan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya sibuk memilih pakaian untuk Hari Raya.
Bersambung di Dairi Ramadhan Hariz Bahagian 4.
Bye……


