Dairi Syawal Hariz Bahagian 2
Dec 7th, 2007 by MHariz
Assalamualaikum,
Di pagi raya yang hening Hariz terus bangun tidur , mandi dan terus pakai baju melayu raya Hariz tu……

Tengok tu …hensem tak Hariz dengan baju raya warna hijau … dan tak ketinggalan duit raya. Ini adalah Hari Raya Puasa ke 3 dalam hidup Hariz. Tahun lepas Hariz beraya di Kampung Sawah Pekan Pahang kerana mami tok mengerjakan umrah .

Bersalaman dengan Mami Tok dan mendapat duit raya …oh semestinya itu tak boleh dilepaskan ….tahun ni koleksi buit raya Hariz semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Bersama Kak Jimah, Mami Tok dan Mak.

Ayah, Hariz dan Mak.

Dan Acu join sekali untuk bergambar…….

Selepas tu Kak Aida ,Abang Zakuan , Auntie Azliana dan Uncle Saidi pun datang ke rumah dan bertambah la duit raya Hariz. Pada tengaari tu Hariz ke Kota Bharu, Tumpat dan juga Kubang Kerian , rumah kawan kawan mak . Kawan kawan mak ni semuanya kerja di Hospital Selayang dan balik kampung untuk beraya macam Hariz jugal la…. sekali lagi Hariz menambahkan koleksi duit raya….. Seronoknya raya……
Bye…… bye……..


